Pearly-Thinaah terkandas di separuh akhir Terbuka China

Pearly-Thinaah terkandas di separuh akhir Terbuka China

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah terkandas di separuh akhir selepas terpaksa akur dengan gandingan tuan rumah, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian pada Kejohanan Badminton Terbuka China di Jiangsu, China- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M.Thinaah terkandas di separuh akhir selepas terpaksa akur dengan gandingan tuan rumah, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian pada Kejohanan Badminton Terbuka China di Jiangsu, China, hari ini.

Pearly-Thinaah yang menghuni ranking No. 3 dunia tewas straight set 14-21, 17-21 dalam masa 38 minit kepada beregu No. 7 dunia tersebut.

Kekalahan itu juga menyaksikan rekod pertemuan antara Pearly-Thinaah menentang Yi Fan-Shu Xian semakin keciciran kepada 1-4.

Satu-satunya kemenangan Pearly-Thinaah ke atas beregu handalan China itu ialah sewaktu mereka bertemu pada Terbuka India, awal tahun ini.

Begitupun kejayaan tersebut hanya diraih Pearly-Thinaah selepas Yi Fan-Shu Xian tidak dapat menamatkan permainan gara-gara kecederaan di peringkat 16 terbaik.

Pearly-Thinaah yang kali pertama bakal melonjak ke ranking No. 2 dunia, minggu depan, perlu berbincang dengan ketua jurulatih, Rosman Razak bagi memperbaiki kelemahan mereka sebelum tampil pada Kejohanan Dunia di Paris, Perancis 25-31 Ogos ini.

Aksi terbaik yang pernah dipamerkan Pearly-Thinah ialah pada satu lagi kejohanan berstandard Super 1,000 iaitu Terbuka Indonesia, bulan lalu, selepas mereka tewas tipis kepada beregu No. 1 dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning 25-23, 12-21, 19-21 pada perlawanan akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN