KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) dalam proses memuktamadkan Garis Panduan Literasi Kecerdasan Buatan (AI) yang dijangka siap pada September ini bagi memastikan teknologi itu digunakan secara beretika, selamat dan berpandukan nilai murni di institusi pendidikan negara. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, garis panduan itu akan menjadi panduan utama dalam memastikan pelaksanaan teknologi AI selari dengan aspirasi pendidikan negara khususnya dalam membina sahsiah dan kemahiran murid menghadapi cabaran masa depan. “Elemen AI diintegrasikan secara progresif dalam kurikulum termasuk menerusi mata pelajaran Teknologi dan Digital di peringkat sekolah rendah, serta subjek seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya