Norris yakin penyokong Britain tidak menghampakannya

Norris yakin penyokong Britain tidak menghampakannya

LANDO NORRIS - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pelumba McLaren, Lando Norris berkeyakinan tinggi bahawa rakan sepasukannya dan pesaing kejuaraan F1, Oscar Piastri tidak akan menerima layanan buruk daripada penyokong di Grand Prix (GP) Britain, Ahad ini.

Pemandu dari Britain itu kini 15 mata di belakang Piastri dalam kejuaraan pemandu Formula Satu (F1) selepas memenangi perlumbaan ketiganya musim ini.

Norris menunjukkan prestasi cemerlang dalam sesi kelayakan di GP Austria baru-baru ini apabila meraih petak utama meninggalkan pelumba Ferrari, Charles Leclerc lebih 0.5 saat di belakang.

Selepas kemenangannya di Red Bull Ring, Norris ditanya sama ada dia bimbang Piastri akan menerima sambutan buruk daripada penonton seperti mana diterima Max Verstappen apabila diejek sebelum ini ketika persaingannya dengan Lewis Hamilton.

“Saya harap perkara seperti itu tidak akan berlaku. Peminat British biasanya sangat menerima semua pelumba, terutamanya kami di McLaren. Jadi, saya rasa perkara utama ialah semua peminat perlu menerima dan menyokong semua pelumba,” kata Norris.

Sementara itu, Piastri turut senada dengan Norris apabila berkata dia menerima sambutan baik daripada penyokong tuan rumah semasa beraksi di GP Britain beberapa tahun lalu.

“Saya tak rasa itu akan berlaku lagi dan itu pun sudah memadai. Saya rasa secara umum, peminat tahun ini lebih baik kepada kami. Mereka sentiasa menerima saya dengan baik.

“Saya jangka akan ada lebih ramai peminat Lando berbanding peminat saya, tapi itu wajar. Ini juga perlumbaan di tanah airnya, jadi saya rasa semuanya akan berjalan lancar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN