Mbappe tarik balik aduan gangguan terhadap PSG

Mbappe tarik balik aduan gangguan terhadap PSG

KYLIAN Mbappe tiba sebelum perlawanan pusingan 16 Piala Kelab Dunia FIFA 2025 antara Real Madrid CF dan Juventus FC di Stadium Hard Rock minggu lalu di Miami Gardens, Florida. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kylian Mbappe menarik semula aduan gangguan moral terhadap bekas majikannya, Paris Saint-Germain (PSG), kata peguamnya, Pierre-Olivier Sur, semalam.

“Kami menarik balik tindakan sivil ini,” kata Olivier Sur menjelang aksi separuh akhir Piala Dunia Kelab antara Real Madrid dan PSG, awal pagi ini.

Aduan itu difailkan susulan tindakan PSG meminggirkan Mbappe dan memaksanya berlatih bersama pemain yang mahu dijual kerana enggan menandatangani kontrak baharu.

“Perkara ini bukan hanya menimpa Mbappe tetapi turut membelenggu pemain lain hingga mendorong kesatuan pemain Perancis membuat aduan tahun lalu,” katanya lagi.

Penyerang sensasi Perancis itu turut tidak dibawa ke jelajah pramusim Asia 2023 dan terlepas aksi pembukaan musim sebelum kembali ke skuad utama selepas mengadakan rundingan dengan kelab.

Mbappe, 26, kemudian menyertai Real Madrid musim panas lalu selepas tujuh musim beraksi bersama PSG.

Sepanjang menyarung jersi Les Parisiens, beliau menjaringkan 256 gol dalam 308 perlawanan dan menyaksikan bekas pasukannya menjuarai Liga Juara-Juara buat kali pertama musim lalu.

Namun, kapten Perancis itu kini masih berdepan satu lagi pertikaian undang-undang dengan PSG berhubung tunggakan gaji dan bonus berjumlah €55 juta (RM273 juta) yang belum dibayar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN