Marquez hargai bantuan Ducati

Marquez hargai bantuan Ducati

MARC MARQUEZ - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ASSEN: Pendahulu kejuaraan MotoGP, Marc Marquez berterima kasih kepada Ducati kerana membantunya mengawal naluri selepas siri kemenangan dalam perlumbaan pecut dan grand prix (GP) kebelakangan ini.

Pelumba Ducati itu memenangi tiga perlumbaan pecut dan GP terakhir dengan dua daripadanya bukan di litar kegemarannya di Mugello dan Assen sekaligus membuka jurang 68 mata di puncak kejuaraan.

Marquez berkata, litar bukan kegemarannya telah membolehkan dia belajar untuk menyerang pada saat yang tepat, sesuatu yang jelas ditunjukkan pada GP Belanda bulan lalu, selepas dia mengalami dua kemalangan teruk dalam sesi latihan.

“Sudah tentu, kemenangan yang paling penting tahun ini adalah di Qatar, Mugello dan di sini (Assen), kerana ia adalah litar perlumbaan di mana saya tidak menjangkakan untuk menang dan saya laju.

“Jadi, atas sebab itu, kemenangan paling istimewa ialah di Qatar kerana itu adalah litar pertama di mana saya ada keraguan dan di situ saya sangat laju dan saya ada tumpuan tambahan untuk menyerang pada saat yang betul.

“Terutamanya di GP Belanda yang tidak bermula dengan cara terbaik, saya gembira untuk diri saya dan juga untuk Ducati kerana mereka membantu saya untuk mengawal diri dan mengawal naluri saya,” katanya.

Katanya lagi, dia bersama pasukannya akan berusaha untuk mengekalkan prestasi tersebut malah mereka turut melakukan perubahan pada imbangan di jenteranya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN