Inter buru khidmat Lookman

Inter buru khidmat Lookman

ADEMOLA Lookman. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Presiden Inter Milan, Giuseppe Marotta, mengesahkan Ademola Lookman menjadi sasaran utama skuad Nerazzurri dan berharap dapat mengikat khidmat penyerang Atalanta itu dalam beberapa hari akan datang.

Lookman merupakan antara penyerang paling cemerlang dalam saingan Serie A sejak berpindah dari RB Leipzig ke Bergamo pada 2022, malah membantu La Dea merangkul trofi Liga Europa pada musim 2023-2024.

Sepanjang tiga musim dalam kancah Serie A, Lookman telah meledak 39 gol dan mencipta 18 bantuan jaringan dalam 93 penampilan liga dan hanya penyerang Inter, Lautaro Martinez, mengatasinya dengan 57 gol, 12 bantuan jaringan.

Lookman dijangka meninggalkan Atalanta sejak terlibat dalam perbalahan awam dengan Gian Piero Gasperini pada Februari lalu, sebelum pengurus itu memilih untuk mengendalikan Roma pada bulan lalu.

Inter menjadi destinasi ideal buat bintang Nigeria itu yang dalam usaha merampas Scudetto daripada Napoli, dan Marotta mengesahkan minat mereka itu hari ini.

“Saya tidak mampu berselindung bahawa dia (Lookman) merupakan sasaran penting. Bagaimanapun, dia adalah pemain Atalanta dan kami amat menghormati mereka.

“Kami perlu meningkatkan tahap dan tidak takut untuk membeli pemain yang bagus. Masih terlalu awal untuk mengatakan apa yang akan berlaku tetapi memang benar dia adalah pemain di dalam senarai kami,” kata Marotta.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN