Impian Tang Jie-Ee Wei ke final musnah

Impian Tang Jie-Ee Wei ke final musnah

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei tewas kepada pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 12-21, 16-21 pada aksi separuh akhir Terbuka Jepun di Gimnasium Metropolitan Tokyo, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk mara ke final Terbuka Jepun 2025 musnah selepas tewas di separuh akhir, sebentar tadi.

Dalam aksi di Gimnasium Metropolitan Tokyo, pasangan pilihan keempat negara itu tunduk kepada juara bertahan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 12-21, 16-21.

Pertembungan kali keempat ini menyaksikan Zhen Bang-Ya Xin yang juga pilihan kedua kejohanan terus mengukuhkan penguasaan mereka dalam rekod pertemuan.

Pertarungan sengit ini terganggu seketika apabila Ee Wei mengalami kecederaan pergelangan tangan kanan akibat berlaga raket dengan Tang Jie pada kedudukan 9-12 set kedua.

Pasangan negara cuba bangkit selepas insiden itu tetap gagal menyaingi kekuatan dan konsistensi beregu China dalam tempoh 38 minit permainan.

Kekalahan ini juga menamatkan kempen separuh akhir kelima musim ini buat Tang Jie-Ee Wei dalam Jelajah Dunia BWF.

Zhen Bang-Ya Xin akan menentang pasangan sensasi Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran yang mengejutkan beregu No.1 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada aksi final kejohanan bertaraf Super 750 itu, esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN