Horner, bapa Max Verstappen bertengkar

Horner, bapa Max Verstappen bertengkar

CHRISTIAN HORNER - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas Prinsipal Pasukan Red Bull Racing, Christian Horner didakwa terlibat dalam pertengkaran dengan bapa juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen beberapa hari sebelum dia dipecat oleh majikannya.

Horner, 51, dipecat daripada tugasnya minggu lalu selepas memimpin Red Bull meraih lapan kejuaraan dunia pemandu F1 dan enam gelaran pengeluar dalam tempoh 20 tahun terakhir.

Pemecatan Horner berlaku 18 bulan selepas dia dituduh dan dua kali dibersihkan daripada dakwaan gangguan seksual serta tingkah laku paksaan dan mengawal oleh seorang pekerja Wanita, di tengah-tengah prestasi yang semakin merosot serta perebutan kuasa dalaman pasukan.

Bekas pemandu F1 yang kini menjadi penganalisis, Ralf Schumacher mendakwa dia sendiri menyaksikan pertikaman lidah antara Horner dan Jos Verstappen di Grand Prix (GP) Britain di Silverstone.

“Terdapat satu lagi pertengkaran atau sekurang-kurangnya pertukaran kata-kata yang hangat secara visual dan lisan antara Jos Verstappen, Christian Horner dan pegawai media.

“Dia benar-benar tidak boleh menerima kritikan. (Sky Sports Jerman) atau saya sendiri kini berada dalam senarai hitam jadi dia tidak lagi bercakap dengan kami atau dengan saya dan sebagainya.

“Ia sebenarnya agak melucukan kerana seorang lelaki yang menang begitu banyak sepatutnya mampu berbincang di hadapan kamera,” kata Schumacher.

Tambah Schumacher, dia mendapati Horner sebagai seorang yang sukar apabila gagal menyatukan pasukan dengan baik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN