PETALING JAYA: Jerebu di negara ini menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila hanya satu kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat, hari ini. Berdasarkan maklumat di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri di Sarawak merekodkan bacaan IPU 139 setakat pukul 4 petang. Kualiti udara yang tidak sihat itu dipercayai dipengaruhi oleh cuaca panas dan kering susulan Monsun…










