Gyokeres hampir menjadi milik Arsenal

Gyokeres hampir menjadi milik Arsenal

PENYERANG Sporting Lisbon, Viktor Gyokeres bersama trofi kemenangan selepas menjuarai Piala Portugal menewaskan Benfica 3-1 di Oeiras, 25 Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal semakin hampir mencapai persetujuan dalam perjanjian bernilai 62.4 juta pound (RM358 juta) bagi mendapatkan penyerang Sporting Lisbon, Viktor Gyokeres selepas terdapat kemajuan terhadap rundingan kedua-dua belah pihak semalam.

Gyokeres berdepan ancaman tindakan disiplin oleh Presiden Sporting, Frederico Varandas selepas gagal melaporkan diri ke latihan pramusim pada Jumaat lalu tetapi dia telah merayu kepada kelab supaya membenarkannya merealisasikan impian berpindah ke Arsenal.

Varandas sebelum ini telah menolak tawaran terakhir Arsenal sebanyak 60 juta pound (RM343 juta) secara keseluruhan untuk mendapatkan Gyokeres malah memberi amaran bahawa mereka tidak akan melepaskan pemain antarabangsa Sweden itu melainkan Arsenal meningkatkan tawaran.

Sporting turut meminta bayaran pendahuluan yang lebih besar dalam struktur bidaan tersebut.

Kini kedua-dua kelab hampir mencapai persetujuan dalam perjanjian bernilai 55 juta pound (RM315 juta) secara awal dengan tambahan sebanyak 7.4 juta pound (RM42 juta) dalam bentuk insentif.

Gyokeres juga telah bersetuju dengan kontrak selama lima tahun bersama Arsenal.

Arsenal berharap perpindahan itu dapat dimuktamadkan tepat pada masanya bagi membolehkan Gyokeres terbang ke Asia untuk menyertai jelajah pramusim pada hujung minggu ini.

Arsenal juga sedang meningkatkan rundingan dengan Valencia untuk mendapatkan pertahanan tengah, Cristhian Mosquera dan semakin yakin dapat mencapai persetujuan dengan pemain sayap berusia 18 tahun, Ethan Nwaneri mengenai kontrak baharu.

Sebagai rekod, Gyokeres menjaringkan 54 gol untuk Sporting musim lalu dalam semua pertandingan dan kini dianggap antara penyerang paling prolifik di Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN