Gangguan trafik sempena mesyuarat ASEAN

Gangguan trafik sempena mesyuarat ASEAN

ORANG ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal pada 8 hingga 11 Julai ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal susulan jangkaan gangguan trafik sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (58th AMM) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan yang akan berlangsung dari 8 hingga 11 Julai ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, gangguan trafik dijangka bermula pada 4 Julai dalam radius satu kilometer dari KLCC serta di sepanjang jalan utama dan lebuh raya yang menghubungkan pintu masuk utama ke ibu negara.

Menurut kenyataan itu, langkah tersebut diambil bagi memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat serta menjamin keselamatan semua delegasi luar negara yang akan hadir ke sidang berkenaan.

“Maklumat lanjut mengenai laluan terjejas dan penutupan jalan tertentu akan dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.

“Kementerian memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul dan amat menghargai kefahaman serta kerjasama orang ramai,” katanya.

Sebagai tuan rumah kepada acara serantau berprofil tinggi, Kementerian Luar Negeri menegaskan komitmen untuk memastikan penganjuran yang lancar dan berjaya tanpa mengabaikan kesejahteraan rakyat.

Untuk rekod, Malaysia merupakan Pengerusi ASEAN 2025 dan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 6 dan 7 Mei lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN