FIFA buka pejabat di Trump Tower menjelang Piala Dunia 2026

FIFA buka pejabat di Trump Tower menjelang Piala Dunia 2026

Pejabat baharu FIFA adalah sebahagian langkah mencerminkan komitmen badan induk bola sepak dunia untuk berada lebih dekat dengan lokasi utama penganjuran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: FIFA mengumumkan pembukaan pejabat baharunya di Trump Tower, New York sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata langkah itu mencerminkan komitmen badan induk bola sepak dunia untuk berada lebih dekat dengan lokasi utama penganjuran.

“FIFA ialah organisasi global, dan untuk menjadi global, kita perlu berada secara tempatan. Jadi kita mesti berada di New York,” kata Infantino.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump atas sokongan padu yang diberikan kepada FIFA dan pembangunan bola sepak.

“Terima kasih kepada Presiden Trump, seorang peminat bola sepak sejati, serta seluruh keluarganya,” katanya.

Pembukaan pejabat baharu itu menambah cawangan FIFA di AS selepas Miami, dan dilihat mengukuhkan kerjasama erat dengan pentadbiran Rumah Putih menjelang kejohanan terbesar dunia itu.

Infantino turut menyifatkan kejohanan Piala Dunia Kelab yang sedang berlangsung di Stadium MetLife sebagai satu kejayaan luar biasa, sambil menjelaskan 11 daripada 16 venue Piala Dunia tahun depan adalah di AS.

Final Piala Dunia 2026 akan berlangsung di Stadium MetLife, East Rutherford, New Jersey yang turut menjadi venue separuh akhir Piala Dunia Kelab ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN