Centhra cadang Malaysia wujudkan akta genosid, jenayah perang

Centhra cadang Malaysia wujudkan akta genosid, jenayah perang

Azril Mohd. Amin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dicadang untuk mewujudkan sebuah akta khas mengenai genosid, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan bagi menterjemahkan komitmen terhadap penderitaan Palestin.

Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra)  Azril Mohd. Amin berkata, Malaysia terikat secara sah di sisi undang-undang antarabangsa untuk mencegah dan menghukum pelaku jenayah perang serta memberi perlindungan sewajarnya kepada orang awam semasa konflik bersenjata.

“Namun, sehingga kini, Malaysia masih belum menggubal undang-undang domestik khusus yang memberi kesan perundangan domestik penuh kepada konvensyen tersebut, termasuk peruntukan mengenai ‘pelanggaran berat’.

“Oleh itu, Centhra menyeru agar satu Akta Genosid dan Jenayah Perang digubal dengan segera bagi memberi bidang kuasa kepada mahkamah di Malaysia untuk mendakwa individu yang disyaki melakukan genosid, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan;

“Selain itu, menyediakan asas kepada penguatkuasaan prinsip bidang kuasa sejagat dan memastikan pematuhan Malaysia terhadap kewajipan antarabangsa di bawah Konvensyen Geneva dan Konvensyen Genosid 1948.,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, kata beliau, Centhra menyambut baik pencapaian bersejarah yang diumumkan di Persidangan Tergempar Menteri di Bogota, Colombia, yang dianjurkan bersama oleh kerajaan Colombia dan Afrika Selatan di bawah naungan The Hague Group.

Persidangan menurutnya, telah meluluskan enam langkah konkrit dalam bentuk tindakan diplomatik, undang-undang dan ekonomi yang diselaraskan bagi mengekang serangan berterusan rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin dan mempertahankan  kedaulatan undang-undang antarabangsa. 

“Ini merupakan detik penting dalam sejarah multilateralisme, bukan sekadar simbolik tetapitindakan yang berani. Centhra memuji 30 buah negara yang mengambil bahagian, khususnya 12 buah negara termasuk Malaysia yang telah berikrar untuk melaksanakan langkah-langkah tersebut serta-merta melalui sistem undang-undang dan pentadbiran masing-masing. 

“Kenyataan bersama itu mengulangi ketegasan bahawa era kekebalan undang-undang (impunity) mesti ditamatkan dan bahawa undang-undang antarabangsa perlu  dikuatkuasakan tanpa takut atau pilih kasih,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN