Cazorla lanjut kontrak setahun bersama Oviedo

Cazorla lanjut kontrak setahun bersama Oviedo

SANTI CAZORLA - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Bekas pemain tengah Arsenal, Santi Cazorla menandatangani lanjutan kontrak selama setahun bersama kelab La Liga yang baru dinaikkan pangkat, Real Oviedo kata kelab Sepanyol itu.

Cazorla, 40, menyertai Oviedo pada Ogos 2023 dan musim lalu membantu kelab zaman kanak-kanaknya itu kembali ke liga utama buat kali pertama dalam 24 tahun.

Sepanjang 81 penampilannya bersama Sepanyol, dia memenangi Kejuaraan Eropah pada tahun 2008 dan 2012.

Cazorla juga memenangi Piala FA sebanyak dua kali ketika bermain di England.

“Dengan pembaharuan ini, Santi Cazorla simbol dan lambang Oviedo membuktikan bahawa impian, apabila dikejar dengan sepenuh hati, boleh menjadi kenyataan.

“Real Oviedo telah mengukuhkan kepimpinan seorang pemain bola sepak yang menghayati nilai-nilai kelab ini seperti hanya segelintir yang mampu, di dalam dan di luar padang,” kata kelab dari Asturias itu dalam satu kenyataan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN