Bos Ducati laung amaran kuasai MotoGP 2025

Bos Ducati laung amaran kuasai MotoGP 2025

GIGI DALL'IGNA - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRNO: Bos Ducati, Gigi Dall’Igna memberi amaran tentang saingan MotoGP yang semakin licik dan menakutkan walaupun dengan penguasaan yang melangkaui sekadar kemenangan oleh pelumbanya, Marc Marquez bagi musim 2025.

Pasukan dari Itali itu kini berada di landasan yang kukuh untuk meraih satu lagi kejuaraan pada musim ini apabila mendahului carta kejuaraan pelumba dan pengeluar dengan selesa.

Ducati kini sudah memenangi 10 daripada 12 pusingan pembukaan serta kesemua perlumbaan pecut dengan pencabar terdekat terdekat ketinggalan sebanyak 225 mata bagi kejuaraan pelumba manakala Aprilia pula ketinggalan 243 mata dalam senarai pengeluar.

Marquez mencatatkan kemenangan berganda pecut dan grand prix (GP) kelima berturut-turut minggu lalu di GP Czech, menjadikan jumlah keseluruhannya kepada lapan kemenangan tahun ini sekaligus meluaskan jurang pendahuluan kejuaraannya kepada 120 mata.

Dall’Igna memuji pelumba berusia 32 tahun itu apabila menunjukkan sifat rendah diri dalam kesedaran bahawa dia masih perlu berdaya saing dan memperbaiki diri.

“Kemenangan kelapan musim ini daripada 12 perlumbaan, ke-70 dalam kerjayanya, lima kemenangan berganda pecut dan GP berturut-turut, Marc adalah pelumba Ducati pertama yang mencapai tahap setinggi ini.

“Ini adalah satu penguasaan yang melangkaui sekadar kemenangan dan menunjukkan betapa hebatnya usaha yang kami lakukan dalam keserasian antara pelumba dan jentera, menjadikan kami begitu berbangga,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN