Bekas penyerang England sertai kelab divisyen keenam

Bekas penyerang England sertai kelab divisyen keenam

ANDY CARROLL - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas penyerang Newcastle, Liverpool dan West Ham, Andy Carroll menyertai kelab divisyen keenam England, Dagenham & Redbridge secara perpindahan percuma.

Carroll telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan kelab National League South itu selepas meninggalkan Bordeaux bulan lalu.

Penyerang berusia 36 tahun itu meninggalkan kelab divisyen keempat Perancis itu selepas bermain selama semusim kerana ingin lebih dekat dengan anak-anaknya.

Carroll berkata bahawa dia telah dihubungi oleh kelab-kelab dari liga lebih tinggi tetapi lebih penting baginya untuk menyertai pasukan yang lebih sesuai dengan dirinya.

“Tak kira tahap liga atau apa sekalipun, asalkan saya dapat turun ke padang dan bermain bola sepak, itu sahaja yang penting.

“Datang ke sini dan menunjukkan kepada orang ramai bahawa saya bermain kerana cinta kepada bola sepak dan bukannya kerana wang atau tahap liga adalah sesuatu yang saya ingin lakukan.

“Ini adalah sesuatu yang boleh menjadi luar biasa. Kami mempunyai satu projek untuk membawa mereka keluar daripada liga bukan profesional dan kembali naik ke liga-liga lebih tinggi,” kata Carroll.

Pemain berasal dari Gateshead itu menjaringkan 54 gol dalam 248 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Newcastle United, Liverpool dan West Ham United.

Dia kemudiannya bermain untuk Reading dan West Bromwich sebelum berpindah ke Perancis menyertai kelab divisyen kedua, Amiens pada 2023. Carroll pernah mewakili England sebanyak sembilan kali dan menjaringkan dua gol antara tahun 2010 hingga 2012. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN