Anisimova ‘beku’, diaibkan dalam final bersejarah

Anisimova ‘beku’, diaibkan dalam final bersejarah

Catherine, Princess of Wales dari Britain (kanan) memberikan trofi naib juara, kepada pemain AS Amanda Anisimova selepas kekalahannya menentang pemain Poland, Iga Swiatek pada penghujung perlawanan tenis akhir perseorangan wanita pada Kejohanan Wimbledon 2025 di The All England Lawn Tennis and Croquet Club, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Amanda Anisimova mengakui dia ‘beku kerana gementar’ selepas impiannya menjulang trofi Grand Slam sulung lebur apabila dia tewas 0-6, 0-6 kepada Iga Swiatek dalam final Wimbledon, awal pagi tadi.

Pemain Amerika Syarikat (AS) itu berkata tekanan bermain dalam final pertamanya ditambah pula keletihan selepas dua minggu beraksi dalam gelombang haba London telah menjejaskan persembahannya.

“Saya sedikit beku kerana gementar. Mungkin dua minggu sebelum ini saya terlalu penat atau sesuatu macam itu.

“Saya rasa agak terkejut juga selepas perlawanan itu. Tapi saya cakap pada diri sendiri, saya pasti akan bangkit lebih kuat selepas ini,” kata Anisimova.

Anisimova, 23, kembali menyertai saingan profesional sejak Januari 2024 selepas berehat panjang untuk menjaga kesihatan mental dan bangkit semula daripada kedudukan di luar kelompok 400 dunia.

Musim ini menjadi yang terbaik buatnya selepas memenangi Terbuka Qatar pada Februari, dan menyingkirkan pemain No. 1 dunia Aryna Sabalenka di separuh akhir Khamis lalu.

Namun dia mengakui kemenangan itu telah mengorbankan tenaganya sehingga tidak dapat menjalani latihan sehari sebelum final menentang Swiatek. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN