Alcarez dipaksa bekerja keras atasi Rublev

Alcarez dipaksa bekerja keras atasi Rublev

CARLOS ALCARAZ - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain tenis No. 2 dunia, Carlos Alcaraz sekali lagi menguji kesabaran peminatnya sebelum menyingkirkan Andrey Rublev untuk mara ke suku akhir Wimbledon dan terus berada di landasan bagi memburu gelaran ketiga berturut-turut.

Pemain Sepanyol itu tewas set pertama kepada pilihan ke-14 dari Rusia di Centre Court tetapi kembali bangkit untuk menang 6-7 (5/7), 6-3, 6-4, 6-4, dengan sorakan padu daripada penonton yang berpihak kepadanya.

Walaupun pencabar utama Alcaraz seperti juara tujuh kali Novak Djokovic dan pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner berada dalam prestasi menakutkan, dia menunjukkan prestasi tidak menentu setakat ini.

Alcaraz dijadual bertemu pemain Britain, Cameron Norrie di suku akhir berkata, Rublev merupakan antara pemain paling bertenaga dan agresif dalam jelajah lelaki.

“Saya rasa saya bermain dengan bijak dan cerdik hari ini menentangnya, dari segi taktikal. Satu perlawanan yang sangat baik, yang saya sangat banggakan,” katanya.

Juara Grand Slam lima kali itu turut berkata dia sentiasa percaya pada dirinya sendiri, walaupun ketika berdepan kesukaran.

“Tenis ialah sukan yang boleh berubah hanya dengan satu mata. Satu mata boleh mengubah keseluruhan perlawanan, membalikkan segalanya.

“Dalam tenis, anda perlu sentiasa berada dalam permainan. Kekuatan mental sangat penting. Saya tahu saya akan bermain lebih baik,” katanya. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN