PETALING JAYA: Modus operandi penjenayah yang maut ditembak polis di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah semalam adalah dengan meninjau sasarannya terlebih dahulu sebelum menyamun. Siasatan mendapati, suspek akan memakai topeng muka dan bersenjata api ketika menyamun. Menurut sumber, suspek bersama rakannya akan melakukan tinjauan di lokasi sasaran membabitkan kedai emas, pasar raya, kilang dan premis perniagaan. “Selepas segala maklumat diperoleh, mereka mula merancang dan akan ke lokasi dengan kereta…