6,844 tandatangan petisyen kempen Rafizi

6,844 tandatangan petisyen kempen Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 6,844 rakyat Malaysia menandatangani petisyen dalam talian bagi mempertahankan kebebasan institusi kehakiman yang digerakkan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Setakat pukul 6 petang tadi tinjauan mendapati, versi Bahasa Melayu lebih mendapat sambutan dengan 5,130 individu menandatangani petisyen berkenaan, sementara Bahasa Inggeris, seramai 1,714 orang setakat pukul 3 petang pada hari kedua petisyen itu dibuka.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan itu melancarkan satu petisyen dalam talian sebagai usaha mempertahankan kebebasan serta integriti institusi kehakiman di negara ini.

Beliau berkata, seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk menandatangani petisyen berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

“Susulan sidang media Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 7 Julai, kami kini menggerakkan satu petisyen dalam talian bagi mempertahankan kebebasan institusi kehakiman.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen ini sebagai tanda sokongan rakyat yang mahu institusi kehakiman kekal bebas dan berintegriti,” katanya.

Tambah Rafizi, orang ramai juga digalakkan menyebarkan petisyen berkenaan kerana isu tersebut memberi kesan besar terhadap rakyat dan negara pada masa hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN