Verstappen kecundang di laman sendiri

Verstappen kecundang di laman sendiri

MAX Verstappen mengalami kemalangan selepas melanggar pelumba Mercedes, Kimi Antonelli pada Grand Prix (GP) Belanda di Litar Assen, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SPIELBERG: Harapan Max Verstappen untuk mencipta sejarah di Litar Red Bull lebur selepas dia terpaksa menarik diri seawal pusingan pertama dalam Grand Prix (GP) Austria, hari ini.

Juara dunia empat kali itu berlanggar dengan pelumba Mercedes, Kimi Antonelli sebaik sahaja perlumbaan bermula, sekali gus menyaksikan penamat pertamanya musim ini tanpa sebarang mata.

Verstappen yang bermula di petak ketujuh berkata melalui radio pasukan: “Saya tersingkir, saya kena hentam teruk.”

Antonelli, pelumba muda dari Itali yang bermula di petak kesembilan pula mengakui kesilapannya melanggar Verstappen.

“Maaf, saya terkunci di bahagian belakang,” kata Antonelli kepada jurutera pasukannya menerusi radio.

Insiden itu memutuskan rentetan 31 perlumbaan berturut-turut Verstappen mengutip mata sejak musim lalu.

Ribuan penyokong tuan rumah yang membanjiri Red Bull Ring nyata kecewa dengan penarikan juara bertahan tersebut.

Perlumbaan itu sendiri bermula lewat susulan kereta Carlos Sainz terbakar selepas terhenti di grid sebelum pusingan formasi dimulakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN