Umat Islam Singapura lakukan ibadah korban di Johor

Umat Islam Singapura lakukan ibadah korban di Johor

PEKERJA menunjukkan kambing kepada seorang pelanggan, Som Dahlan untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha di Osman Goat Farm, Kangkar Tebrau, Johor. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menjelang Hari Raya Aidiladha, lebih 900 ekor kambing ditempah oleh umat Islam bagi ibadah korban di Osman Goat Farm di Kampung Kangkar Tebrau di sini.

Menariknya, lebih 60 peratus daripada jumlah tempahan diterima adalah daripada warga Singapura yang memilih untuk melaksanakan ibadah korban mereka di Johor.

Menurut Pengarah Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty, agihan daging korban bagi warga Singapura dilakukan terus di ladang tersebut, bermula hari pertama sehingga hari keempat sebelum waktu Asar.

“Kita menerima tempahan sehingga 6 Jun ini dan orang ramai yang berminat untuk menempah kambing boleh hadir terus ke ladang atau hubungi pejabat di talian 07-3542828,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Osman Cheya, walaupun tempahan secara datang terus (walk-in) dibenarkan, ia boleh dilakukan sehingga Asar hari keempat Aidiladha sahaja.

Katanya, terdapat peningkatan ketara dalam jumlah tempahan korban tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, sekali gus mencerminkan kesedaran masyarakat untuk melaksanakan ibadah tersebut.

“Seramai 25 petugas telah disediakan termasuk tukang sembelih dan mereka yang bertanggungjawab melapah daging sehinggalah kepada proses pengagihan kepada orang ramai. Antara jenis kambing yang ditawarkan ialah boer, ferral, Burma dan biri-biri Thai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN