TRW Treble, ex-Red Giant gamit kenangan Liga M

TRW Treble, ex-Red Giant gamit kenangan Liga M

RIBUAN peminat bola sepak Kelantan membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan untuk menyaksikan perlawanan Duo Cup Ex-TRW Treble- Ex-Selangor malam tadi-IHSAN BULETIN BOLA SEPAK KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lebih 20,000 peminat sukan bola sepak dan penyokong tegar The Red Warriors (TRW) era treble membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, di sini untuk menyaksikan perlawanan persahabatan Duo Cup Ex-TRW Treble melawan Ex-Selangor.

Kehadiran mereka yang memenuhi segenap ruang tempat duduk stadium sekali gus menggamit nostalgia ‘Gelombang Merah’ yang bukan sahaja pernah menggamatkan stadium keramat pasukan Kelantan FA dan seringkali mewarnai pentas Liga Malaysia (Liga M) suatu ketika dahulu.

Ia sekali gus menampakkan kerinduan yang begitu menebal dalam kalangan penyokong serta peminat bola sepak negeri ini untuk merasai kembali era kegemilangan Kelantan dalam arena bola sepak tempatan.

Malahan cuaca hujan lebat yang melanda Kota Bharu sejak pukul 7 malam tidak melunturkan semangat mereka dengan rata-rata penyokong tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing sehingga tamat perlawanan.

Kehadiran penyokong ternyata tidak sia-sia apabila dihiburkan dengan aksi menarik dan sengit sepanjang perlawanan yang menyaksikan Ex-TRW Trebel meraih kemenangan tipis 4-3 ke atas Ex-Selangor.

Lebih menarik apabila perlawanan turut menampilkan salah seorang pemain import kesayangan rakyat Kelantan, Dickson Nwakaeme yang cukup terkenal dengan julukan ‘Orang Besi’ dan dilihat masih lagi berbisa sungguhpun telah sekian lama bersara dari bola sepak profesional.

Tidak kurang juga dengan kehadiran bekas pemain import Selangor, Francis Forkie Doe atau turut dikenali dengan nama timangan ‘The Predator’ yang juga pernah menyarung jersi serba merah Kelantan FA.

Ternyata aura ‘Pahlawan Merah’ dan ‘Gergasi Merah’ masih kuat dalam diri setiap bekas pemain Kelantan dan Selangor dan dapat dirasai oleh peminat-peminat yang hadir ke stadium malam tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN