Tang Jie-Ee Wei tiada masalah komunikasi

Tang Jie-Ee Wei tiada masalah komunikasi

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei kembali bergandingan semula selepas dua bulan dipisahkan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menafikan mereka berdepan masalah komunikasi dalam gelanggang.

Menurut Ee Wei, keserasian mereka masih sama seperti dahulu dan tidak terjejas akibat tidak bergandingan bersama Tang Jie hampir dua bulan dalam kejohanan antarabangsa.

“Keserasian kami biasa saja, sama macam sebelum ini,” kata Ee Wei ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), semalam.

Selain itu kata EE Wi, dia dan Tan Jie belum berada pada tahap terbaik dan masih banyak ruang untuk diperbaiki menjelang Kejohanan Dunia di Paris, Perancis pada hujung Ogos ini.

“Kami belum cukup bagus pun lagi, banyak kena belajar dan usaha lagi kuat untuk jadi lebih konsisten,” katanya yang bakal beraksi di Terbuka Jepun pada bulan depan.

Mengulas kekalahan di separuh akhir Terbuka Indonesia, Ee Wei mengakui Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran mempunyai pengalaman dan wajar dicontohi.

Katanya, kekalahan kepada gandingan No.1 Thailand itu membuka mata tentang perbezaan ketara dari segi pengalaman dan ketenangan di gelanggang berbanding dirinya dan Tang Jie.

Dechapol merupakan pemain yang berpengalaman dengan status juara dunia 2021 bersama pasangan terdahulu, Sapsiree Taerattanachai dan kini bergandingan dengan Supissara selepas berakhir Sukan Olimpik Paris 2024, Ogos lalu.

“Dechapol ialah pemain bertaraf dunia dan dia tahu bagaimana untuk kendalikan tekanan dengan baik. Dia memang pemain yang sangat kuat, banyak pengalaman dan kami kena belajar daripada mereka,” kata Ee Wei.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN