Tang Jie-Ee Wei mula langkah kanan

Tang Jie-Ee Wei mula langkah kanan

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan pasangan India, K. Dhruv-Tanisha Crasto 21-11, 16-21, 21-14 pada aksi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu utama campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia selepas menundukkan pasangan India, K. Dhruv-Tanisha Crasto dalam aksi sengit di Istora Senayan, Jakarta hari ini.

Pasangan pilihan keempat kejohanan itu mengambil masa hampir sejam sebelum mencatat kemenangan 21-11, 16-21, 21-14 ke atas lawan yang berada di ranking ke-17 dunia.

Tang Jie-Ee Wei yang kembali digandingkan semula minggu lalu di Terbuka Singapura, mempamerkan keserasian dengan kawalan jaring dan serangan dua penjuru yang lebih kemas.

Mereka seterusnya akan menentang pasangan Denmark Mads Vestergaard-Christine Busch pada aksi pusingan kedua, esok.

Dalam pada itu, nasib berbeza buat beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi apabila mereka diuji dengan kekuatan beregu utama China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Pasangan No. 32 dunia itu tewas dalam tentangan sengit 23-21, 22-20 dalam masa 37 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN