Tang Jie-Ee Wei gagal ke final

Tang Jie-Ee Wei gagal ke final

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei tewas kepada beregu Thailand 18-21, 18-21 Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran 23-21, 15-21, 11-21 pada aksi separuh akhir hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terkandas di separuh akhir selepas tewas kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Tang Jie-Ee Wei yang menghuni ranking No. 4 dunia itu tunduk kepada gandingan ke-6 dunia 23-21, 15-21, 11-21 dalam masa 1 jam 5 minit di Istora Senayan.

Berdasarkan rekod pertemuan, kekalahan tersebut turut menyaksikan Tang Jie-Ee Wei kini ketinggalan 1-2 di belakang Dechapol-Supissara.

Beregu tetangga itu bakal menghitung pertemuan sama ada dengan wakil Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue ataupun Cheng Xing-Zhang Chi dari China pada perlawanan akhir, esok.

Untuk Tang Jie-Ee Wei pula, selepas bergandingan semula di Terbuka Singapura, mereka akan berehat seketika sebelum dijangka kembali ke gelanggang pada Terbuka Jepun yang bakal berlangsung 15-20 Julai ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN