Tahap kesihatan PM sangat baik

Tahap kesihatan PM sangat baik

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tahap kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan yang sangat baik selepas menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang hari ini.

Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Dr. Farique Rizal Abdul Hamid berkata, hasil pemeriksaan menunjukkan keadaan kesihatan Perdana Menteri berada pada paras cemerlang dan membolehkan beliau melaksanakan tugas rasmi seperti biasa.

“Alhamdulillah, beliau dapat menjalankan tugasan rasmi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pemeriksaan kesihatan itu adalah sebahagian daripada komitmen Perdana Menteri bagi memastikan beliau kekal cergas dan sihat untuk memimpin negara.

“Ini bagi memastikan beliau sentiasa bersedia menerajui pentadbiran negara serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan penuh dedikasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN