Svensson bantu Dortmund, empat kelab Brazil mara ke pusingan kalah mati

Svensson bantu Dortmund, empat kelab Brazil mara ke pusingan kalah mati

DANIEL Svensson (tengah) meraikan menjaringkan gol pertama pasukannya dengan Jobe Bellingham (kiri) dan Waldemar Anton semasa perlawanan kumpulan F Piala Kelab Dunia 2025 antara Borussia Dortmund dan Ulsan HD FC di Stadium TQL, Amerika Syarikat (AS), hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CINCINNATI: Gol tunggal Daniel Svensson membantu Borussia Dortmund menewaskan Ulsan HD 1-0 sekali gus menjuarai Kumpulan F dan mara ke pusingan 16 akhir Piala Dunia Kelab 2025.

Aksi di Stadium TQL menyaksikan kelab Jerman itu mendominasi sepenuhnya menerusi gandingan Jobe Bellingham, Felix Nmecha dan Karim Adeyemi yang sering mengancam benteng Ulsan.

Namun hanya pada minit ke-36, gawang Ulsan akhirnya dibolosi apabila Bellingham melorongkan hantaran tepat kepada Svensson yang tenang menyempurnakan peluang terbuka.

“Saya gembira kami berjaya mencipta lebih banyak peluang berbanding dua perlawanan sebelum ini, ini adalah objektif keseluruhan,

“Saya rasa kami menguasai permainan dan mencipta banyak peluang,” kata Svensson.

Penjaga gol Ulsan, Jo Hyeon-woo mempamer aksi cemerlang menafikan beberapa percubaan termasuk tandukan Serhou Guirassy dan rembatan kencang Pascal Gross.

Jurulatih Dortmund, Niko Kovac pula memuji aksi babak pertama anak buahnya tetapi mengakui kekebalan gawang lawan jadi penghalang tambahan jaringan.

“Kami hanya menjaringkan satu gol kerana pasukan Korea mempunyai penjaga gol yang sangat bagus.

“Tetapi secara keseluruhan saya rasa pasukan saya menguasai babak pertama,” jelas Kovac.

Dortmund akan berdepan naib juara Kumpulan E, manakala Fluminense yang seri 0-0 dengan Mamelodi Sundowns turut layak dan menyertai Flamengo, Palmeiras dan Botafogo sebagai empat wakil Brazil di pusingan 16 akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN