KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya memperoleh perintah untuk membekukan beberapa aset luar negara milik Toh Puan Na’imah Abdul Khalid iaitu isteri bekas Menteri kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang dianggarkan bernilai £132 juta (RM758.2 juta).
Antara aset-aset yang dibekukan ialah dua bangunan komersial, tiga kediaman mewah, dua kediaman dan satu akaun bank yang kesemuanya terletak di sekitar London.
Perintah tersebut diberikan oleh Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan secara ex-parte (sebelah pihak) di sini hari ini.
Hasil siasatan yang dijalankan oleh SPRM mendapati bahawa harta alih dan tidak alih itu adalah perkara atau keterangan yang berhubungan dengan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL