Siapa Ketua Polis Negara baharu kekal teka-teki

Siapa Ketua Polis Negara baharu kekal teka-teki

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Persoalan berkenaan individu yang bakal dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu kekal menjadi teka-teki.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran belum menyerahkan senarai nama calon kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Ia susulan laporan akhbar ini yang menyatakan Perdana Menteri dijangka mempersembahkan nama calon kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

“Oh ya… istana beritahu dah?,” katanya ketika diminta mengulas.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan, pertemuan dijangka petang ini bagi memuktamadkan calon menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang akan menamatkan kontrak perkhidmatannya pada 22 Jun ini, selepas dua tahun menerajui pasukan keselamatan negara itu.

Difahamkan, tiga pegawai kanan yang disebut-sebut ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Azmi Abu Kassim serta Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail.

Setakat ini, tiada keputusan rasmi diumumkan, namun pengumuman dijangka dibuat dalam tempoh terdekat bagi memastikan kesinambungan kepemimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjalan lancar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN