Rafizi jawab dakwaan tubuh parti baharu pada Jumaat ini 

Rafizi jawab dakwaan tubuh parti baharu pada Jumaat ini 

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli akan menjawab segala persoalan termasuk dakwaan bakal menubuhkan parti baharu menerusi podcast, ‘Yang Berhenti Menteri (YBM)’, Jumaat ini. 

Menerusi hantaran rasmi dalam Instagram, Ahli Parlimen Pandan itu memberitahu beliau kini bebas bersuara dan tidak terikat dengan sebarang etika kerajaan dan kerahsiaan.

“Inshaa Allah, saya akan mengimbangkan ulasan YBM – bakar pun ada, beri pencerahan pun ada. Paling penting mestilah objektif, berfakta dan memberi pemahaman adil kepada semua.

“Kuat merajuk, tidak makan dipujuk, jadi menteri tiada hasil, hendak buat parti baru serta formula entah ke mana (antara dakwaan yang bakal dijelaskan). Jumpa hari Jumaat ini, pukul 9 malam,” katanya dalam media sosial tersebut. 

Bulan lalu, Rafizi mengumumkan untuk bercuti sejak 28 Mei sehingga 16 Jun, sebelum meninggalkan Kabinet berkuatkuasa hari ini selepas gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR 2025. 

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima peletakan jawatan Rafizi sebagai Menteri Ekonomi dan jawatan itu akan diganti oleh menteri lain yang akan diputuskan kemudian.

Pada masa sama Perdana Menteri berharap Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut mengikuti langkah Rafizi melepaskan jawatan menteri, dapat meneruskan tugas tersebut.

Menurutnya, Kementerian Ekonomi juga tidak akan dibubarkan dan akan terus menjalankan fungsinya seperti sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN