PM harap Muhammad Shahrul bantu tingkatkan imej, reputasi Malaysia

PM harap Muhammad Shahrul bantu tingkatkan imej, reputasi Malaysia

ANWAR Ibrahim bersama Duta Malaysia, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan imej dan reputasi Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau pada pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada Muhammad Shahrul.

Kata beliau, kunjungan itu menyaksikan beberapa perkara dibincangkan termasuk soal hubungan Malaysia dan AS

“Antara yang disentuh adalah soal pengukuhan hubungan Malaysia dan AS selain usaha-usaha menarik pelaburan asing yang berkualiti serta berimpak tinggi dari negara berkenaan.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Muhammad Shahrul, semoga dapat mengangkat aspirasi, imej serta reputasi Malaysia ke peringkat tertinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Muhammad Shahrul menerima Surat Cara Pelantikan Duta Besar Malaysia ke AS dari Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara pada 3 Jun lalu.

Muhammad Shahrul Ikram menggantikan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, yang kontraknya sebagai duta tamat pada Februari lalu.

Muhammad Shahrul Ikram, anak kelahiran Pahang, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Ekologi dari Universiti Malaya dan pernah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Amerika Syarikat.

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Luar pada tahun 1988. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN