Persekutuan Pengakap Malaysia Jerantut raikan perpisahan rakan

Persekutuan Pengakap Malaysia Jerantut raikan perpisahan rakan

Hamzan Ismail (duduk depan, tiga dari kiri) bersama tetamu sempena majlis perpisahan dan jamuan raya bulan Syawal di Cipta Cinta Event Space, Taman Wawasan, Jerantut, Pahang baru-baru ini. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 40 pemimpin Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Jerantut meraikan rakan yang akan bertukar sempena majlis perpisahan dan jamuan raya bulan Syawal di Cipta Cinta Event Space, Taman Wawasan, Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Pesuruhjaya Pengakap Jerantut, Hamzan Ismail berkata, kemeriahan majlis itu turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Guru Besar Jerantut, Jamalludin Baharun ; Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Menengah, Mahyuddin Abdul Majid dan wakil Ahli Dewan Undangan Negeri Lantikan yang juga Setiausaha UMNO Jerantut, Zainureen Abidin.

“Jamuan raya sempena bulan Syawal bagi meraikan pemimpin pengakap yang juga guru yang akan bertukar ke daerah lain dan negeri masing-masing serta pada masa yang sama merapatkan ukhuwah dengan kalangan pengetua, guru besar dan kepimpinan UMNO Jerantut,” katanya di Jerantut, Pahang baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN