Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah (STaBuK INN) di Iskandar Puteri, Johor dipilih sebagai Sekolah Ikon Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) atas pencapaian cemerlang melalui projek Pasport Lestari.
Dibangunkan di bawah Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK), pencapaian sekolah tersebut juga telah menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah di kawasan MBIP yang turut menggerakkan inisiatif kelestarian mereka
.
Perjalanan pendidikan kelestarian sekolah berkenaan bermula ketika berkunjung ke Karnival IPRK Edisi pertama pada 2022.
Pencapaian dan pengalaman sekolah-sekolah yang dipamer dan dikongsi semasa Karnival IPRK menjadi dorongan bagi SK Bukit Indah memulakan inisiatif kelestarian sekali gus memberi hasil yang cukup cemerlang dalam Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC).
Guru Besar SK Bukit Indah Zulkiflee Miswan berkata, kejayaan besar sekolah berkenaan mengadakan program Pasport Lestari kepada semua murid berjaya melonjakkan nama sekolah melalui IMELC.
“Pasport Lestari ini memberi semangat kepada semua murid untuk menjadikan kawasan sekolah dan persekitran ke arah kelestarian alam sekitar.
“Pasport Lestari ini diberikan kepada semua murid yang membawa barangan kitar semula ke sekolah, sama ada kertas, botol plastik, pakaian terpakai atau tin aluminium kesekolah. – UTUSAN