Norris berdebar sebelum raih kemenangan GP Austria

Norris berdebar sebelum raih kemenangan GP Austria

REAKSI pelumba McLaren, Lando Norris selepas menjuarai Grand Prix Austria, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTRIA: Pelumba McLaren, Lando Norris mengakui dia terpaksa berdepan cabaran sukar daripada rakan sepasukan dan pendahulu kejuaraan, Oscar Piastri sebelum melakar kemenangan dalam Grand Prix (GP) Austria sekaligus mencatat keputusan 1-2 buat pasukannya.

Dalam cuaca panas terik di Litar Red Bull Ring, pelumba dari Britain berusia 25 tahun itu menamatkan perlumbaan 2.695 saat di hadapan Piastri, sekali gus mengurangkan jurang mata kejuaraan sebanyak 15 mata.

Itu merupakan kemenangan pertama Norris di Austria, kejayaan ketiganya tahun ini dan yang ketujuh dalam kerjayanya.

Ia juga adalah kemenangan pertama McLaren di Austria sejak David Coulthard menang pada 2001.

Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di hadapan rakan sepasukan Ferrari, juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton, keputusan terbaik mereka tahun ini manakala George Russell di tempat kelima untuk Mercedes.

“Ia perlumbaan yang sukar. Mengasak sepanjang perlumbaan… mencabar, panas, meletihkan, tetapi keputusan yang sempurna buat kami sebagai satu pasukan, 1-2 sekali lagi. Pertarungan yang hebat, memang seronok,” kata Norris.

Sementara itu, Piastri berkata perlumbaan tersebut amat mencabar apabila terpaksa beraksi dalam cuaca panas namun dia begitu menikmatinya.

“Tertekan!. Saya harap ia menarik untuk ditonton kerana dari dalam kereta, memang sangat mencabar. Ya, saya dah cuba sehabis baik,” katanya.

GP Austria menjadi perlumbaan mengecewakan buat pasukan utama Red Bull selepas juara dunia empat kali, Max Verstappen tersingkir seawal pusingan pertama selepas dilanggar oleh pelumba remaja Mercedes, Kimi Antonelli. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN