Nahas bas UPSI: Punca kejadian masih dalam siasatan

Nahas bas UPSI: Polis lakukan siasatan menyeluruh

KEADAAAN kemalangan membabitkan sebuah bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak pagi tadi.-GAMBAR/APM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan menyeluruh sedang dilakukan polis bagi mengenal pasti punca kemalangan membabitkan sebuah bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak pagi tadi sehingga mengorbankan seramai 15 individu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, setakat ini, seramai 15 mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian terbabit.

“Setakat ini, saya boleh sahkan bahawa 15 orang telah disahkan meninggal dunia. Sekurang-kurangnya 27 lagi mengalami pelbagai kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan lanjut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan. Kami akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terperinci berhubung kejadian ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian.

Mengulas lanjut berkaitan kemalangan itu, katanya, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian terbabit pada 1.25 pagi melalui pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan sebaik sahaja siasatan lengkap dan semua keterangan saksi diambil.

“Orang ramai digesa agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca kemalangan kerana ia boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seramai 15 orang dipercayai menaiki bas yang membawa pelajar UPSI dilaporkan maut dalam kejadian yang berlaku pada berlaku 1.10 pagi itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN