Musetti bertemu Alcaraz di separuh akhir Terbuka Perancis

Musetti bertemu Alcaraz di separuh akhir Terbuka Perancis

LORENZO MUSETTI - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pemain tenis dari Itali, Lorenzo Musetti dipaksa bekerja keras menewaskan Frances Tiafoe untuk menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Perancis dengan bertemu juara bertahan Carlos Alcaraz, Jumaat ini.

Pilihan kelapan, Musetti menang 6-2, 4-6, 7-5, 6-2 ke atas lawannya dari Amerika Syarikat (AS) selepas beraksi lebih dua jam 45 minit di gelanggang Court Philippe Chatrier.

Pemain berusia 23 tahun itu bakal menentang pilihan kedua Alcaraz yang sebelum itu dengan mudah menewaskan pemain AS, Tommy Paul 6-0, 6-1, 6-4.

Alcaraz mendahului Musetti 5-1 dalam pertemuan terdahulu, termasuk dua kemenangan di gelanggang tanah liat musim ini di separuh akhir di Rom dan final di Monte Carlo.

“Sejujurnya, saya rasa sangat tidak hormat kepada Tommy dan pemain lain apabila soalan mengenai separuh akhir diajukan sebelum perlawanan Alcaraz berlangsung.

“Ada perlawanan yang perlu dimainkan, dan secara jujur, saya tidak mahu menjawab soalan itu,” kata Musetti apabila ditanya tentang pertemuannya dengan Alcaraz sebelum perlawanan menentang pemain Sepanyol itu dimainkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN