MOM sudah ada calon CDM, timbalan Sukan SEA 2025

MOM sudah ada calon CDM, timbalan Sukan SEA 2025

PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (tengah).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bakal melantik sekurang-kurangnya dua timbalan Ketua Kontinjen (CDM) bagi membantu mengetuai kontinjen negara ke Sukan SEA Thailand yang akan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember ini.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, beberapa calon telah disenarai pendek bagi mengisi jawatan CDM dan timbalannya.

“Isu utama ialah daripada segi logistik, sukan ini akan berlangsung di tiga lokasi iaitu Bangkok, Songkhla dan Chonburi, jadi kami perlu berbincang mengenai pemilihan seorang CDM dan beberapa timbalan, sekurang-kurangnya dua orang.

“Kita akan meneliti tiga atau empat calon. (Calon-calon) ini akan melibatkan gabungan pentadbir sukan dari MOM, bekas atlet serta wakil dari persatuan sukan kebangsaan.

“Kami telah menyenarai pendek beberapa nama. Saya akan berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh,” kata Norza.

Pada edisi 2023 di Phnom Penh menyaksikan Datuk Nasir Ali dilantik sebagai CDM sambil dibantu oleh dua timbalannya iaitu legenda tenpin boling negara, Datuk Shalin Zulkifli dan bekas pemain skuasy kebangsaan, Sharon Wee.

Norza turut memaklumkan bahawa Yonex telah dilantik untuk membekalkan pakaian rasmi bagi kontinjen negara ke Sukan SEA Thailand.

“Kami telah melantik Yonex, jadi kami akan berbincang dengan mereka mengenai rekaan dan sebagainya. Kami juga akan libatkan Majlis Sukan Negara (MSN) kali ini,” katanya.

Sebagai rekod, pakaian rasmi kontinjen negara ketika menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 menerima kritikan daripada orang ramai sehingga membuatkan MOM mereka semula pakaian sebelum temasya itu diadakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN