PERTUBUHAN Penggerak Madani Negeri Sembilan dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia menganjurkan majlis meraikan Guru-Guru Madani Negeri Sembilan di Seremban baru-baru ini.
Guru merupakan tonggak utama dalam pembentukan modal insan yang berkualiti dan berintegriti. Seiring dengan tema Malaysia MADANI, jasa dan sumbangan para guru sama ada yang telah bersara, guru muda mahu pun guru senior wajar dihargai dan diberi pengiktirafan yang sewajarnya.
Menyedari kepentingan ini, Pertubuhan Penggerak MADANI Negeri Sembilan(PMN9) menganjurkan satu majlis penghargaan khas bagi meraikan dan mengiktiraf sumbangan warga pendidik di Negeri Sembilan. – UTUSAN