Lelaki ditahan selepas cederakan wanita guna grip pistol

Lelaki ditahan selepas cederakan wanita guna grip pistol

ABDUL ROZAK MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang lelaki tempatan ditahan ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini pagi tadi susulan kes serangan terhadap seorang wanita menggunakan grip pistol di Jalan Kelawai di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek berusia 41 tahun itu tiba di IPD berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi sebelum ditahan tidak lama kemudian bagi membantu siasatan kes terbabit.

“Kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham di atas jalan raya antara suspek dan mangsa yang berusia 28 tahun ketika mereka sedang menaki kenderaan melalui kawasan tersebut sekitar pukul 2.20 pagi.

“Dalam kejadian itu, suspek dipercayai telah mencederakan mangsa menggunakan objek disyaki grip pistol sehingga menyebabkan wanita berkenaan kecederaan parah di bahagian hidung dan mata,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Abdul Rozak, susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa kira-kira pukul 5.56 petang pada hari kejadian.

Abdul Rozak berkata, hasil siasatan lanjut kemudian membawa kepada rampasan sepucuk pistol, sebuah kelopak serta sebuah buku lesen untuk memiliki senjata serta peluru yang disyaki milik suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah dan Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana memiliki dan membawa senjata api dalam keadaan tidak tenteram,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN