etua kru Ducati jelaskan perbezaan Bagnaia dengan Stoner

Ketua kru Ducati jelaskan perbezaan Bagnaia dengan Stoner

AKSI pelumba Ducati, Francesco Bagnaia di Grand Prix (GP) British di Silverstone, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dua pelumba yang memenangi gelaran MotoGP bersama Ducati mempunyai pendekatan yang sangat berbeza namun, kedua-duanya dibantu oleh Cristian Gabarrini sebagai ketua kru mereka.

Bekas pelumba, Casey Stoner memenangi gelaran yang tidak dijangka pada 2007 tetapi Ducati mengalami kemarau selama 15 tahun sebelum Francesco Bagnaia muncul sebagai juara dua kali berturut-turut pada 2022 dan 2023.

Gabarrini mengikuti Stoner ke Honda, di mana mereka memenangi gelaran MotoGP 2011, sebelum kembali ke Ducati untuk membantu Jorge Lorenzo.

“Bagnaia adalah bertentangan dengan Stoner, tetapi serupa dengan Lorenzo daripada segi gaya tunggangan, pendekatan terhadap kelajuan, dan etika kerja.

“Gaya tunggangan mereka mirip dengan Jorge. Gaya Bagnaia adalah evolusi daripada gaya Jorge. Lancar, tenang, dan dengan pergerakan yang minimum.

“Pecco adalah yang pertama membawa kelajuan selekoh tinggi ke Ducati, pada masa ketika motosikal itu tidak begitu dikenali sebagai mudah dikendalikan di selekoh.

“Cara dia menyelesaikan masalah dan pendekatan bekerjanya mirip dengan Jorge tetapi sangat berbeza dengan Casey yang lebih bersifat naluri. Itulah perbezaan paling ketara,” kata Gabarrini.

Kemenangan Stoner pada 2007 bersama Ducati hadir dalam musim kelima penglibatan pengeluar itu dalam MotoGP, dan musim kedua Stoner dalam kelas perdana.

Bagnaia menjadi juara MotoGP Itali pertama sejak Rossi, dan juara pertama Ducati sejak Stoner pada 2007, apabila dia menang pada 2022 dan 2023 sebelum Jorge Martin, dengan jentera Pramac Ducati, memenangi kejuaraan pada 2024.

Ducati kekal sebagai kuasa dominan hari ini dengan Marc Marquez kini mendahului kedudukan keseluruhan MotoGP. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN