BAITULMAQDIS: Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz berkata, beliau telah mengarahkan tentera untuk menyerang Tehran selepas mendakwa Iran melepaskan peluru berpandu yang melanggar gencatan senjata selepas 12 hari perang.
Israel sebelum ini bersetuju dengan cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk gencatan senjata dengan Iran, kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan.
Ia selepas Trump berkata gencatan senjata kini berkuat kuasa dan menggesa kedua-dua pihak tidak melanggarnya. – Al Jazeera