Iskandar sah kembali ke BAM 1 Oktober ini

Iskandar sah kembali ke BAM 1 Oktober ini

ISKANDAR Zulkarnain Zainuddin (kanan) ketika membimbing pemain Ireland, Nhat Nguyen pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2025, Mei lalu. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin sah kembali menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai jurulatih perseorangan bermula 1 Oktober ini.

Perkara itu diumumkan Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sidang media selepas sesi libat urus bersama pemain di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

“Iskandar akan memulakan tugasnya pada 1 Oktober ini. Rundingan telah dijalankan dan akhirnya minggu lepas kita berjaya muktamadkan, dan beliau akan pulang dari Ireland,” kata Zafrul.

Ketika ini jurulatih berusia 33 tahun itu sedang mengendali skuad perseorangan kebangsaan Ireland sejak 2022.

Mei lalu, Iskandar mengakui pernah menerima tawaran daripada BAM pada awal tahun ini namun perlu mempertimbangkan komitmennya di Ireland selain melibatkan soal keluarga.

Bagaimanapun, nama Iskandar turut disebut oleh Pengarah Kejurulatihan Perseorangan ABM, Kenneth Jonassen sebagai antara calon sesuai mengisi kekosongan kejurulatihan perseorangan wanita berdasarkan pengalamannya.

Untuk rekod, beliau juga pernah muncul naib juara Masters Malaysia 2016 dan membimbing pemain utama Ireland, Nhat Nguyen ke Sukan Olimpik Paris 2024 buat pertama kali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN