Figueiredo, Holgado ketuai serangan Harimau Malaya

Figueiredo, Holgado ketuai serangan Harimau Malaya

Matthew Davies diberikan tanggungjawab menjadi kapten Harimau Malaya pada aksi menentang Vietnam malam ini.-IHSAN MALAYSIA NT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jentera serangan Harimau Malaya diketuai trio serangan baharu bagi merobek gawang Vietnam dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Trio itu adalah penyerang warisan terbaharu negara, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado yang disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan.

Selain itu, dua lagi tonggak warisan baharu di bahagian pertahanan, Jon Irazabal dan Facundo Garces turut disenaraikan sekali gus keempat-empat tonggak itu bakal meraih caps pertama di pentas antarabangsa bersama Malaysia.

Seorang lagi pemain warisan, Imanol Machuca pula berada di bangku simpanan dan kemungkinan dimasukkan sebagai pemain gantian.

Secara keseluruhan, skuad negara meletakkan sembilan pemain berdarah kacukan termasuk Dion Cools, Corbin-ong, Matthew Davies, Hector Hevel dan Nooa Laine.

Tidak ketinggalan, dua ‘anak tempatan’ yang menjadi sandaran Harimau Malaya kali ini adalah Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (MVP), Arif Aiman Hanapi dan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi.

Cklamovski dijangka menerapkan formasi 3-5-2 untuk memberi tekanan kepada Vietnam yang dilihat bakal bertahan dan memanfaatkan serangan balas pantas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN