Ferrari beri bayangan naik taraf jentera di GP Austria

Ferrari beri bayangan naik taraf jentera di GP Austria

FERRARI bakal melakukan kerja-kerja menaik taraf terhadap jentera mereka menjelang Grand Prix Austria hujung bulan ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ferrari memberi bayangan bahawa mereka akan menaik taraf jentera pasukan bagi menghadapi Grand Prix (GP) Austria hujung bulan ini, namun tidak menjangkakan perubahan sepenuhnya terhadap persaingan mereka dalam musim ini.

Sistem suspensi belakang direka semula berkemungkinan akan diperkenalkan pada perlumbaan di Litar Red Bull Ring dengan harapan ia dapat membantu jentera SF-25 bagi menangani beban tambahan di selekoh berkelajuan tinggi.

Ketua pasukan Ferrari, Fred Vasseur mengesahkan kerja menaik taraf jentera mereka akan dilakukan sebelum GP Britain walaupun dia tidak meletakkan sebarang harapan terhadap kesan daripada penaiktarafan tersebut.

“Kami akan membawa satu naik taraf tidak lama lagi, sebelum ke Britain dan mungkin satu lagi sedikit kemudian tetapi sejujurnya saya rasa ia lebih kepada pelaksanaan dan bagaimana anda menggunakan kereta itu daripada potensi sebenar kereta itu sendiri.

“Sekarang kita berada di penghujung kitaran peraturan ini dan kita semua tahu bahawa apabila kita membawa sesuatu yang baru ke litar, kita bercakap tentang perbezaan dalam unit ratusan saat, bukan sepuluh per sepuluh saat.

“Jika anda tidak menggunakan kereta itu dengan baik kerana tetapan sedikit berbeza, anda boleh kehilangan sepuluh per sepuluh saat.

“Beberapa kali, sekurang-kurangnya di pihak kami dan kami bukan satu-satunya apabila kami melakukan penaiktarafan sebelum ini, kami juga memerlukan satu atau dua perlumbaan untuk menyesuaikan kereta dan tetapan kepada versi baru tersebut,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN