FAM siasat Nilai City

FAM siasat Nilai City

NILAI City hanya diwakili lima pemain ketika berdepan Kelantan FT, dalam aksi MPFL Divisyen 2, kelmarin.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan melakukan siasatan berhubung insiden pembatalan perlawanan melibatkan Nilai City SC berdepan Pulau Pinang bagi aksi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) Divisyen 2, pada Sabtu lalu.

Pembatalan perlawanan itu dipercayai susulan kehadiran pemain Nilai City yang tidak mencukupi dan pasukan itu mengulangi perkara sama ketika tewas 4-0 kepada Kelantan FT dengan hanya lima pemain beraksi, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM, Datuk Rosmadi Ismail berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan telah meminta jawatankuasa pertandingan MPFL untuk melakukan siasatan dalaman terhadap kelab itu.

Jelasnya, sebarang tindakan atau hukuman hanya akan diputuskan sebaik sahaja mengetahui situasi sebenar menyebabkan perkara itu berlaku.

“Ia masih dalam siasatan dalaman kita. Sebarang amaran atau hukuman akan diputuskan selepas kita mengetahui punca sebenar insiden itu berlaku.

“Tentang insiden yang tular dalam media sosial itu, kita di FAM tidak boleh mengambil perkara berkenaan untuk mengambil tindakan kerana kita ada prosedur yang telah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia,semalam.

Sementara itu, Nilai City dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa ketidak hadiran pemain-pemain yang berdaftar dengan kelab bagi berkenaan adalah diluar jangkaan pengurusan kelab.

“Tindakkan pemain-pemain ini adalah disebabkan oleh perbuatan seorang penolong jurulatih dengan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pengurus atau ketua jurulatih yang merupakan pegawai tertinggi dalam pasukan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial yang mendakwa insiden itu berlaku berikutan pemain Nilai City melakukan protes selepas tidak menerima gaji dan kelab itu sendiri dipercayai mengalami masalah kewangan.

Insiden itu turut menimbulkan pertikaian berkenaan status profesional liga berkenaan dan ada yang menyifatkan ia seperti liga amatur berikutan berlaku masalah seperti ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN