Vaksin kanser serviks selamatkan 1.4 juta nyawa

Vaksin kanser serviks selamatkan 1.4 juta nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Kempen pemberian vaksin human papillomavirus (HPV) selama tiga tahun di negara berpendapatan rendah berjaya mencegah 1.4 juta kematian akibat kanser serviks, menurut pakatan vaksin Gavi pada Isnin.

“Dianggarkan 86 juta kanak-kanak perempuan kini dilindungi daripada punca utama kanser serviks, hasil usaha bersatu selama tiga tahun oleh Gavi, Vaccine Alliance dan negara-negara berpendapatan rendah,” kata organisasi itu sempena Hari Penghapusan Kanser Serviks Sedunia.

Kanser yang disebabkan oleh HPV memberi kesan secara tidak seimbang kepada negara berpendapatan rendah yang sering kekurangan kemudahan saringan dan akses kepada rawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Gavi, negara-negara ini menyumbang 90 peratus daripada 350,000 kematian akibat kanser serviks yang direkodkan pada 2022.

Ketua eksekutif organisasi itu, Sania Nishtar memuji komitmen luar biasa negara-negara dan organisasi yang membantu mencapai sasaran melindungi 86 juta kanak-kanak perempuan.

Gavi berkata, kadar liputan vaksin di seluruh Afrika meningkat daripada empat peratus pada 2014 kepada 44 peratus pada akhir 2024, lebih tinggi berbanding Eropah yang mencatatkan kadar 38 peratus.

Pakatan itu berkata, mereka menggunakan skala ekonomi untuk menurunkan harga dan memastikan vaksin dapat diperoleh oleh kira-kira 50 negara miskin.

“Gavi memperoleh komitmen daripada pengeluar untuk melabur dalam vaksin HPV dan harga vaksin tersebut di negara yang disokong Gavi kini antara AS$2.90 hingga AS$5.18 (RM11.97 hingga RM21.39) setiap dos, berbanding AS$100 (RM413) atau lebih di tempat lain.

“Usaha kolaboratif ini mendorong kemajuan global besar ke arah menghapuskan antara penyakit paling berbahaya yang menjejaskan wanita,” katanya sambil menegaskan kanser itu masih meragut nyawa seorang wanita setiap dua minit.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) secara rasmi menyokong jadual vaksinasi HPV satu dos pada 2022, menggantikan rejim dua dos sebelum ini, sekali gus membolehkan jumlah kanak-kanak perempuan yang divaksinasi digandakan dengan stok sedia ada.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini