Dua buruh maut, motosikal langgar MPV

Dua buruh maut, motosikal langgar MPV

KEADAAAN kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan MPV di persimpangan empat lampu isyarat Kampung Baru Tampin malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Dua orang lelaki yang merupakan buruh binaan maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Nahas berlaku di persimpangan empat lampu isyarat Kampung Baru Tampin, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, membabitkan motosikal jenis Honda C100 dan sebuah Mitsubishi Xpander dipandu lelaki berusia 34 tahun.

Katanya, hasil siasatan mendapati pemandu MPV dari arah kuarters kakitangan Hospital Tampin mahu ke pekan Tampin dan sebaik sampai di lokasi ketika lampu isyarat hijau, pemandu telah meneruskan perjalanan.

Katanya, secara tiba- tiba datang sebuah motosikal dari sebelah kanan dan melanggar bahagian hadapan sebelah kanan MPV terbabit.

“Akibat kemalangan pembonceng motosikal iaitu lelaki warganegara Bangladesh berusia 20 tahun maut di tempat kejadian manakala penunggang motosikal berusia 32 tahun meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tampin semasa menerima rawatan,” katanya hari ini.

Kata Amiruddien, pemandu MPV mengalami kecederaan sakit di bahagian dada dan sedang menerima rawatan di Hospital Tampin.

Tambahnya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN