Dua beregu Malaysia mara ke final Kejohanan Asia

Dua beregu Malaysia mara ke final Kejohanan Asia

NOOR AINAA AMANI AMPANDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita dan campuran Malaysia menempah slot ke perlawanan akhir selepas menumpaskan lawan masing-masing pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2025 di Kuching, Sarawak, hari ini.

Gandingan muda Malaysia, Noor Ainaa Amani Ampandi-Yee Xin Ying menepati status mereka sebagai pilihan pertama selepas menewaskan wakil Hong Kong, Tomato Ho-Ching Hei Fung 11-2, 11-5 dalam masa 22 minit pada separuh akhir beregu wanita.

Pada final, esok, gandingan negara itu akan berdepan beregu handalan India, Joshana Chinappa-Anahat Singh.

Pasangan India yang diletakkan sebagai pilihan kedua itu menyingkirkan satu lagi beregu Hong Kong, Kristie Wong-Toby Tse 11-7, 11-6 juga dalam masa 22 minit.

Sementara itu, dalam separuh akhir beregu campuran, impian untuk menyaksikan dua gandingan Malaysia bertembung sesama sendiri di pentas akhir tidak kesampaian selepas hanya C. Ameeshanraj-Rachel Arnold yang berjaya berbuat demikian.

Diletakkan sebagai pilihan ketiga, Ameeshanraj-Rachel melakar kejutan ke atas pilihan kedua dari India, Joshana-Velavan Senthilkumar 8-11, 11-7, 11-9 dalam masa 37 minit.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa satu lagi beregu negara, Mohd Syafiq Kamal-Noor Ainaa Amani yang terpaksa akur kepada pilihan pertama, Abhay Singh-Anahat Singh dari India 8-11, 11-10, 5-11 dalam masa 46 minit.

Untuk Rachel, perlawanan akhir, esok, mampu menjadi penebus kekecewaannya selepas gagal merangkul gelaran Asia dalam percubaan keduanya pada final, minggu lalu.

Rachel yang gagal dalam percubaan pertamanya pada edisi 2021, sekali lagi ditimpa badi kekalahan dalam perlawanan akhir setelah tunduk kepada Tomato.

Sementara itu, dalam aksi beregu lelaki, wakil tunggal Malaysia yang mara ke separuh akhir, Shafiq-Duncan Lee gagal mencari laluan ke final setelah mereka kalah tipis di tangan pilihan kedua dari Pakistan, Noor Zaman-Nasir Iqbal 11-10, 9-11, 9-11 dalam masa 69 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN