Buku: Cari ilmu atau cari makan?

Buku: Cari ilmu atau cari makan?

BUKU bukan setakat menjadi makanan rohani tetapi kini industri tempat mencari makan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Masyarakat Malaysia sebenarnya minat membaca  buku .Dakwaan dakwaan berbaur skeptisme mengatakan kita tidak minat membaca wajar diperbetulkan.

Jika kunjungan ke pameran acara-acara berkaitan perbukuan dijadikan pengukur budaya membaca, makan dakwaan itu meleset.

Penganjur Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 menyasarkan jumlah kunjungan sehingga 1.9 juta orang dari mula hari pembukaan 23 Mei hingga 1 Jun iaitu hari ini.

Lautan manusia membanjiri tapak penganjurannya di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, yang menjadi lokasi tradisi dan kali ini adalah yang ke-42 tahun.

Mengapa kita perlu pameran buku seumpama itu. Jelas tujuannya bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat dan memperkaya karya sastera perbukuan.

Saya rasa matlamat itu sudah tercapai meski pun belum ada dapatan kajian mengesahkannya .

Penganjur tidak pernah mengumumkan berapa kunjungan sebenar (actual number) dan berapa jumlah jualan buku serta nilai buku terjual secara keseluruhannya.
Setiap pameran ada masalahnya, tapi PBAKL mengalukan-alukan dan meraikan pengunjung dengan pengisian pelbagai program terutama bual bicara, pelancaran buku dan happy hour promosi jual buku .

Pendek kata PBAKL ialah hari raya tahunan peminat tegar buku.

Pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat bagaimana PBAKL dan industri buku Malaysia berkembang seiring perubahan zaman serta menyaksikan pencapaian besar yang sudah dicapai penulis dan penerbit di arena antarabangsa.

Dengan tema “Buku: Membaca, Memimpin”, PBAKL 2025 bertujuan untuk memupuk budaya membaca dan memperkasa industri perbukuan negara.

Soalnya adakah industri perbukuan negara bergerak selari dengan permintaan dan minat peminat tegar buku?

Kita memerlukan satu industri perbukuan yang bergerak seiring dengan permintaan peminat tegar buku supaya bahan bacaan yang mereka nikmati ini benar benar memberi manfaat ke arah pembinaan tamadun bangsa berilmu, daripada amalan pembacaan.

Jika isu ini hendak dikupas, isu yang pertama adalah apakah judul yang wajar diterbitkan. Buku fizikal ini ada dua kategori kandungan.

Buku isinya berat meski pun kulitnya nipis, satu daripada pilihan peminat tegar buku manakala satu lagi buku popular yang biasanya bacaan ringan dalam bentuk novel remaja dan kumpulan cerpen dan puisi. Seboleh-bolehnya kita mahukan buku yang laris tetapi isinya bermanfaat dan dihasilkan daripada pengkarya yang punyai amalan membaca.

Maka, kita semestinya berharap kandungan buku ini berinti bernas bukan kosong atau sekadar bacaan ringan.

Apabila isu ini dibincangkan, kita akan berkata pula tentang harga.

Buku isi berat harganya tentulah ‘berat’ juga . Saya percaya tidak ramai yang sanggup membeli banyak naskah isi berat sebab harganya menjadi pertaruhan.

Berkunjung ke PBAKL saban tahun sukar menjumpai buku begini pada harga mampu milik, Buku ini biasanya bercorak umum, kompilasi, falsafah dan autobiografi atau biografi dan jurnal. Hanya peminat tegar buku yang sanggup berbelanja habis untuk tujuan ini bagi tujuan koleksi dalam perpustakaan kecil di rumah masing-masing .

Harganya hanya mampu tengok . Tidak ada diskaun menarik melainkan tahun terbitannya sudah lama. Maknanya buku berusia harganya murah, Kadangkala ada penerbitan atau syarikat berani menawarkan harga kombo sahaja iaitu beli lah tiga empat buah buku sekali gus dalam satu resit pada harga tertentu.

Mungkin boleh balik modal. Saya berharap syarikat penerbitan berbuat demikian kerana peruntukan besar seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan Buku Negara (ITBN).

Tinjauan saya ke reruai penerbitan besar tidak pula menawarkan pendekatan ini termasuklah antaranya DBP.

Satu lagi kategori lagi adalah buku popular yang diterbitkan untuk remaja, malah ada yang menerbitkan buku sedemikian semata-mata mahu menjualnya dalam pesta buku.

Pada mereka membeli buku ini tidak membebankan kerana harganya murah. Buku kategori ini ramai peminat terutama kalangan remaja

Isi cerita mudah, menyeronokkan golongan muda, malah tajuk juga mudah dan catchy.

Jangan pelik anda akan menemukan tajuk novel semudah Kejarlah daku , kau ku tangkap. Buku kategori ini bukan sebagai maklumat atau menambah khazanah ilmu tetapi pencetus minat mula membaca untuk anak muda.

Seorang pengunjung yang ditanya pendapatnya berkata, faktor potongan harga yang ditawarkan sepanjang PBAKL 2025 menjadi antara tarikan utama yang mendorong kehadiran ribuan pengunjung saban hari. Menurut pengunjung berkenaan, rata-rata pengunjung tidak ambil peduli bersesak dan beratur panjang demi mendapatkan bahan bacaan pada harga yang lebih rendah, sama ada buku rujukan, novel mahu pun buku kanak-kanak.

Pengujung berkenaan yang berusia 25 tahun berkata, dia hadir hampir setiap tahun kerana berpuas hati dengan tawaran harga istimewa daripada pelbagai penerbit.

Katanya, peluang seperti ini amat dinanti-nanti kerana selain dapat menjimatkan perbelanjaan, pembelian buku secara fizikal juga memberi pengalaman berbeza berbanding membeli dalam talian.

“Saya beli buku kanak-kanak untuk anak saudara, dan hari ini saya kembali semula untuk mendapatkan novel yang saya minati. Harga yang ditawarkan sangat murah dan berbaloi.

“Saya sanggup bersesak dalam orang ramai kerana pesta buku ini ibarat ‘syurga’ pencinta buku. Selain murah, kita juga boleh menilai isi kandungan buku secara terus,” katanya

Ini satu senario dan ramai dalam golonan ini. Mereka ini lah yang mungkin dimaksudkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB), Adibah Omar bahawa PBAKL sejak tiga tahun kebelakangan sudah mendapat perhatian golongan ini.

“Mereka sudah mula minat membaca dan apabila dewasa mereka memilih bahan bacaan serius, “ ujarnya.

Pengunjung seperti ini biasanya kerap mengunjung reruai seperti Blink yang peminatnya golongan muda serta pelajar.

Pengasasnya Ain Maisarah mengakui dua minggu sebelum PBAKL dia sedang sibuk menyiapkan buku untuk dijual dan kebanyakannya berkisar golongan muda. Dia antara yang menjual buku terbitan syarikat sendiri selain seorang lagi penulis S.M Zakir menerusi Nusa Center .

Kita perlu memperbanyakkan usahawan buku seperti mereka berdua, sekadar yang dapat saya sebut dan kongsikan sebagai contoh.

Usaha mereka bukan mudah kerana perlu berdikari demi kelangsungan hidup sebagai pengusaha industri buku Cabarannya besar jika buku terbitan serius.

Menerbitkan buku bukan mudah bermula mencanai idea dan mencari tema cerita atau isi buku, mencari petugas sebagai penyunting, pereka letak dan ilustrator perlu ada dua kemahiran sebagai penulis dan usahawan.

Penganjur PBAKL akan datang mungkin perlu menyediakan pavilion atau reruai khas untuk golongan ini. Mereka ini dalam golongan usahawan buku swaterbit bagi memberi gambaran usahawan buku ada masa depan dengan mengambil contoh mereka.

Seorang yang sedang atau mula berjinak jinak menerbitkan buku sendiri mengakui bukan mudah, apatah lagi buku buku serius.

“Sekurang-kurangnya kena (perlu) jual sekurang-kurangnya 1,000 naskhah buku barulah break event (balik modal). ujarnya.

Usahawan ini patut digalak dan dibantu supaya sekurang-kurangnya jumlah judul penerbitan buku tahunan bertambah.

Statistik judul yang dikeluarkan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan bahawa pada 2023 rakyat Malaysia membaca 24 judul setahun. Perlu diakui bahawa harga buku kadang-kala tinggi disebabkan oleh kos meningkat, harga kertas cetak meningkat tetapi pada harga RM15 hingga RM35 senaskhah adalah berbaloi.

Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) menyasarkan setiap negara perlu menghasilkan judul buku 0.1 peratus daripada jumlah penduduk.

Seorang penerbit buku memberitahu saya sebelum menerbitkan buku, kajilah dulu pasarannya, pastikan siapa sasaran pembeli. Setuju dengan saranan tersebut , pasaran buku semakin luas. Jika tidak buku fizikal, platform e-book mungkin satu cadangan dan kini muncul pula buku audio. Cari ilmu dengan buku mudah tetapi tidak semudah mencari makan dengan buku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×